Kokurikulum


















______________________________________________________




Pencapaian Kokurikulum 2010


Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2010
  • SMk Labuan telah menghantar 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan enam atas untuk menyertai Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Seminar/Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka pada 21 hingga 23 Oktober 2010. Kelima-lima peserta ini telah mendapat tempat ke separuh akhir.


Pertandingan Akhir Koir Lagu-Lagu Patriotik 2010 Antara Kelab Rukun Negara Sekolah-Sekolah Menengah (KRN) Peringkat Kebangsaan .
  • Pertandingan Akhir Koir Lagu-Lagu Patriotik 2010 Antara Kelab Rukun Negara Sekolah-Sekolah Menengah (KRN) Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri yang berlangsung pada 30 julai 2010 hingga 31 ogos 2010 bertempat di Auditorium Tunku Puan Chik Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan. Pertandingan ini telah desertai oleh 20 orang pelajar SMK Labuan dan telah mendapat tempat ke tiga.

Pertandingan Akuatik MSSWPL kali ke-9
  • Pertandingan yang dianjurkan oleh SPPK, Jabatan Pelajaran W.P Labuan yang bertempat di Kolam Renang, Kompleks Sukan Labuan pada 1 dan 2 Mac 2010 telah disertai oleh 5 orang pelajar SMK labuan dan telah mendapat tempat ketiga bagi kategori sekolah menengah. Pungutan Pingat yang diperolehi adalah 7 emas, 10 perak, dan 4 gangsa.


Festival Nasyid W.P Labuan Tahun 2010

    Followers