Tuesday, November 2, 2010

Ucapan Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Syabas dan tahniah kepada AJK e-Majalah SMK Labuan, yang terdiri daripada pelajar dan guru yang begitu bersungguh-sungguh dan komited sehingga berjaya menerbitkan e-Majalah SMK Labuan.

E-Majalah merupakan satu-satunya media yang merakamkan pencapaian akademik dan pelbagai aktiviti sepanjang tahun sekolah untuk tatapan warga sekolah dan masyarakat amnya.
Disamping itu, ia juga menjadi wadah kepada pelajar bagi mengasah bakat dan kreativiti dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Pendidikan adalah jentera untuk memajukan diri dan masyarakat. Kalau kita percaya bahawa pendidikan boleh mengubah kehidupan diri dan keluarga, kita harus berusaha bersungguh- sungguh untuk memperlengkapkan diri dengan berbagai ilmu. Sebenarnya, peluang terbuka luas untuk pelajar mencari dan mendapatkan ilmu. pepatah melayu mengatakan, "hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Para pelajar sebagai pemimpin negara seharusnya bersedia dan sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar dapat menangani segala bentuk cabaran menjelang wawasan 2020.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas kepada warga guru sekolah ini yang bertungkus lumus meningkatkan taraf pendidikan dan kemajuan sekolah. Akhir kata, semoga SMK Labuan terus menempah kejayaan dalam segala bidang dan mengharumkan nama negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekian, terima kasih.

Tuan Hj. Ammar Che Soh
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan


No comments:

Post a Comment

Followers